Toucan amat menyenangkan penanam dengan kos penjagaannya yang rendah kerana jadualnya amat mudah dirancang dengan kadar percambahannya yang tidak membimbangkan langsung. Siri yang sihat dan senang dijaga ini memerlukan sangat sedikit atau tidak perlu growth regulator. Ianya juga tidak payah dipetik. Semasa Toucan dihantar untuk penjualan, tanaman itu amat kuat dan tidak mudah layu tetapi anda tidak perlu bimbang akan jangka hayatnya kerana pelanggan pasti akan tertarik dengan warnanya yang amat cerah serta ketahui betapa senangnya penjagaan tanaman ini. Putik bunga yang berwarna-warni ini akan tumbuh menjadi bunga bersaiz 2-in. / 5- cm. Amat menggemari cuaca panas dan dapat menahan kemarau. Toucan mempunyai prestasi yang baik dalam bekas bercampur, pasu bergantung serta ditanam sebagai bedding. Amat sesuai untuk pek premium, pasu 4 hingga 6- in. / 10 hingga15- cm, gelen dan juga pasu bergantung. Dibekalkan dalam bentuk bersalut dengan beberapa biji benih untuk menyenangkan semaian supaya anak benih dapat tumbuh dengan cepat dan banyak.
Untuk maklumat penanaman, sila klik di sini.
|